ASSALAMUALAIKUM
korang pernah tahu tak sifat dalam diri korang tu?
what i mean is mcm korang punya attitude, peribadi, ciri2 diri korang dan yang tersurat dan tersirat..
so yuyu nak share ciri2 detail diri ikut bulan kelahiran.. tapi janganlah percaya sangat.. buat sebagai hiburan je sebab ini hanya kajian oleh siapa pun tak tahu la kan.. tapi rasa2nya prof fadzilah kamsah but i'm not so sure la kan.. main hentam je..
sebab yuyu pun copy paste je benda nie as our information..hehehe
tapi2 yuyu lahir bulan MEI mcm banyak jugak la yang betul..tapi part boros tuh mcm tak je! sebab yuyu bukan boros.. rasa2nya lah.. hehe! yuyu bukan kaki shopping kecuali shopping makanan, barang dapur.. wahh syurga perut haha! :p okey2 let see korang punya ciri2 tentang diri korang ikut bulan kelahiran :)
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan
dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan
setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat
sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali
telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah
mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak.
Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial.
Cukup cemburu yg sangat tinggi.
FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg
mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah
diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak
suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak.
Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka
benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani
dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada
harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan
sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak
pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi
terlalu boros. belajar untuk mempamerkan emosi.
MARCH
Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah
didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur
pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam
persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn
kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat
amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg
sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan -
angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat
seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.
Jgn terlalu moody.
APRIL
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi
cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg
sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan
dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka
adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik.
Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut
utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai
mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala
dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi
tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik
hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr
segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi
mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak
kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org
lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik.
Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai
anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.(yeyer je boros! huh..)
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap
baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangai idea @ mood,
idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa
berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh,
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat
sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya
cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat
tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka
berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang
mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi
eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal,
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan
saya.
JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar
dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang. Ada harga dan maruah diri, tak suka
menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan
bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat
mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam,
mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing
cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang,
layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam,
suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah
diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka
duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali
terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet,
minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat,
rajin dalam membuat kerja.
OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan
caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas &
bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego,
nilai harga diri yg sangat tinggi.
dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah
mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya
pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka
memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan
& silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa
penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang,
suka mencari kawan.
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,
teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam
tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati,
sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg
dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak
berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak
bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari
terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya
firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan &
melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan,
terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.
OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln
tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak
pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan,
sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat
marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka
melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi
yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut,
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang
sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm
percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain,
suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran,
mudah patah semangat.
NOVEMBER
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan
atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh
dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus
dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik,
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir,
kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu
degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah
kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri,
cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri
sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang
dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih
sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur
setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi,
bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif
dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi,
seronok didampingi, suka bercampur dgn org, suka dipuji, diberi perhatian dan
suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, tidak pandai
berpura-pura, cepat marah, Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga
diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat
lawak dan berfikiran dgn logik.
HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU
sharing is loving :p