Tuesday, July 31, 2012

kesan berdengkur lewat


ASSALAMUALAIKUM
yuyu nak tanya siapa2 yang suka online sampai pagi
sampai sanggup tak tidur macam yuyu ada tak? 
takde la sampai tak tidur..
tidur jugak laa tapi agak lewat la.. ada tak?
haaa korang tau tak..ada effect tau tidur lewat nie..
sebab yuyu sedang mengalaminya.. wuwuwu
hurmm rasa pening, rasa mcm nak muntah, sakit dada, 
nak pitam pun ada.. haaa bahaya tau! 
so nak tahu tak kesan2 negatif tidur lewat nie? antaranya :-

~ melemahkan sistem imun badan kita then senang la nak
dapat penyakit seperti  kerosakan hati, sakit jantung dan macam2 lagi jenis penyakit..
haaa korang nak mati cepat ke? HAHA

~ boleh jadi labu you! HAHA (masalah kegemukan)
kenapa pulak? apa kaitan? haa begini time pagi2 macam pukul 1 sampai 3
perut kita akan berasa lapar then mulalah terfikir nak masak maggi kari dan
makanan yang boleh buat badan kita jadi montel kan.. ish2 nak??

~kurang fokus
hurmmm kes nie selalu lah berlaku kan..mcm student2 sekolah ngn IPT suka sgt tidur lewat
sebab nak siapkan kerja sekolah @ assignment.. ish2! kenapa tak buat awal2??
time pagi jugak nk setelkan.. dah tidur lewat then bila dalam class dan kuliah mulalah
blurr semacam.. menguap sampai berpuluh kali so macam mana nak fokus kalau mcm tu?

~boleh jadi gilaaaaaaaaaaaaa
uitttt biar betul? yeehhh betul la tuh.. siapa2 yang suka tidur lewat 
mereka akan jadi lebih pemarah then mood pun tak berapa menentu..
keje asyik nak marah orang je.. semua tak kena so orang sekeliling akan 
mengecop anda gila ke minah @ mamat nih? haaa kan dah kena cop gila tuh.. HAHA

so for those yang suka sangat tidur lewat tuh..
berhati2 laa.. online2 jugak kesihatan kena jaga la..macam esok tak boleh online je..uhuk(terasa den) then yang suka buat schoolwork, assignment semua
tuh cuba setelkan awal2.. jangan time pukul 1,2 pagi baru nak setelkan.. 
actually yuyu dah insaf nak tidur lewat2 nie sebab dah dapat effect dia..
so yuyu kena tidur awal la pasni.. tengoklah nak insaf berapa hari..hahaha
ish3! yuyu jaga kesihatan lahhhh!
okeylah yuyu nak tidur "awal" kejap lagi nak bangun sahur..
papaiiiiiii :D
siapa suka tidur lewat dapat mata mcm kite..wekkk

HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU~

Thursday, July 26, 2012

kenapa orang tak like status FB kita?

biar kaki yang mengelike..hahaha


ASSALAMUALAIKUM
kenapa orang tak like status kita di facebook ye? nak tahu tak sebab apa?
continue membaca dibawah ye :D
1) Status kita tak menarik perhatian dan membosankan
contohnya ( cantiklah selipar baru aku )
dengan status contoh diatas orang yang membaca pun rasa macam nak lempang..
ignore ignore!
2) LIKE si pembaca terlalu mahal.. haa ada ke macam tuh? ada2.. bagi dia LIKE beliau terlalu SPECIAL untuk diberikan kepada sesiapa.. hanya orang tertentu je dapat LIKE daripada dia..
3) LIKE sebab memilih rupa? haa sebab yang buat status tuh hensem, cantik.. apa2 status dari si hensem dan si cantik tuh pasti akan diLIKE sampai beribu2 LIKE.. walaupun statusnya hanya IMY (i miss you) 
4) Diskriminasi jantina.. ehhh ada jugak mcm nie? ada2.. yang nie ada 2 kategori.. first dia akan like status sejantina je.. jantina yg 1 lagi dia tak kan LIKE.. mcm pelik je kan? tapi ada.. adalah tuh "masalah" dia.. harap faham la ye! hurm second sebab yang buat status tuk awek so akan dapat perhatian la dari jejaka2. kalau yang buat status tuk pakwe so buat status pun mcm wujud tak wujud je..

5) Bila status kita dibuat untuk dibaca ONLY ME
hahaha.. itu kes berat! memang takde orang nak like la kan.. sebab hanya si pembuat status je boleh baca
orang lain tak boleh baca.. naya2! mulalah feel FOREVER ALONE :p
so setting balik!
hahaha itu yang yuyu kajilah tentang perangai2 manusia tentang memberikan LIKE nie
tak tahu la pendapat korang lak macam mana?
kalau nak berkongsi pendapat apa salahnya kan.. jom2 komen entry nie..hihi
so macam mana nak handle this case? begini2
first! buat la status yang menarik perhatian.. status yang best2 sikit.. tak pun status yg berkongsi maklumat ke, tips2 ke, status lawak ke.. insyaallah mesti akan dapat like punya..hihi
second.. rajin2 kan jari jemari korang untuk mengelike status kawan2 korang di facebook.. cuba try like status kwn korang banyak2.. mesti kawan korang akan INGAT nama korang.. then bila korang tak like status dia mesti kawan korang tuh akan rindu kat korang..then dia "terlike" la status korang supaya korang ingat kat dia.. CONFIRM! try buat okey? hihi
third..korang masuk la group KakiLike
group tuh mmg kakilike belaka la.. kalau korang buat status kat situ confirm ramai like then
ada yang add korang then korang approve jangan terkejut kalau
dorang BOOM semua status korang.. tengok2 penuh notification dorang LIKE..
fourth.. yang ni yuyu tak berapa sure la.. sebab yuyu tak pernah guna.. korang try guna autolike
yang yuyu tau siapa yang guna autolike sekali dia buat status boleh cecah beratus2 like yang like status dia..
yang like tu pulak bukan orang malaysia tapi orang luar negara.. so boleh la perasan jadi artis jap :p
siapa2 yang nak guna autolike tengok kat bawah yee

Untuk Pengguna Mozilla Firefox sahaja .

1. Install mende >NIE<
2. Lepas dah install, Restart Mozilla Firefox korang
3. Klik kat muka Monyet tuu sampai dia menyala..
4. Install plak mende >NIE<
5. Tunggu sampai dah siap install, lepas tu restart semula Mozilla Firefox
6. Sign in Facebook korang..
7. Nanti ada keluar menu macam ni :

Like all statuses
UnLike all statuses
Like all comments
UnLike all comments
*Expand Coment *Cooming Soon(Auto Olderpost) *Like All Statuses *Unlike All Statuses
*Like All Coment *Unlike All Coment
credit Yasmin Aris
so pandai2 korang la tekan yang mana patut yee..hihi
yuyu pengguna google chrome so tak dapat la nak guna! :p
so selamat mencuba la yeee! GOOD LUCK!

HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU~

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


ASSALAMUALAIKUM
yeayyyyy esok sudah puasa! alhamdulillah.. bulan yang dnantikan oleh semua umat islam..sebelum tu dah habis puasa ganti ke belum?
kalau dah alhamdulillah.. by the way pagi nanti kita semua akan bersahur untuk
puasa yang pertama pada tahun nie.. yeyy tak sabarnya!
"alamak kalau tak bangun sahur boleh tak? bukan wajib pun.."
haa..sahur itu adalah sunnah.. sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan.
so sayang2 ku semua bangunlah bersahur yeee! jangan liat2! nanti kena simbah dengan air dari kutub utara
(faham2 jela suhu air pada waktu pagi macam mana) hehe
e eh korang ingat tak nie niat puasa, doa berbuka puasa dan selepas?

meh2 yuyu ingatkan eh.. tengok kat bawah nie tau



Niat puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa

Doa Niat untuk sebulan sekali doa
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala 
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.

Lafaz Niat Puasa (harian)

Niat doa puasa untuk sehari sekali
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala. 
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.


Doa Berbuka Puasa

Doa semasa buka puasa
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin 
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

Doa selepas selesai berbuka puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


haaaa hafal2! jangan lupa pulak awak oii! esok dah nak puasa dah..
jangan lupa esok puasa sudah la tut2 masuk kfc order snack plate kan..
memang nak kena penampor.. muda2 dah nyanyok tula suka sangat makan kepala ikan
tak pun makan semut tanpa disedari.. ish2 rabun tahap kritikal dah tuh! haha
okey2 di kesempatan ini yuyu nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...
hahaha.. awal bebenor ucap puasa tak lagi kan.. joking2!
yuyu nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan 
dan selamat mnjalankan ibadah bulan puasa kepada semua..
jangan nak ponteng puasa ye.. yang duk hostel jangan simpan maggi bawah katil!
penuhkan puasa pada tahun nie ye wahai kaum adam..
kaum hawa special sikit sebab seminggu allah bagi MC.. untung tak?
hahaha tapi kenalah ganti ye! jangan tak ganti pulak..:)
yang penting utamakan ibadah puasa jangan sakan nak beraya! peace

HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU~

Sunday, July 15, 2012

nak FOLLOWER yang ramai?

ASSALAMUALAIKUM
''alaaaa sikitnya follower kat blog aku.. kenapa tak ada orang follow?
halimunan ke blog aku nie sampai takde orang nak follow?
macamana blogger2 yang lain dapatkan beratus2, beribu2, beratus ribu, berpuluh ribu,
sejuta follower kat blog dorang? nak jugakkkkkkkkkkk follower banyak2!!!!
haaaa.. korang pernah berada di situasi sebegini tak bagi yang ada blog tuh?
pernahkan.. sebab yuyu pun berada di situasi itu..follower kat blog yuyu tak sampai seratus pun.. lagipun yuyu mengamalkan sikap LANTAKLAH dan jarang update blog.. sebab tuh tak ramai follower kot.. hihi tapi takpelah nak buat mcm mana kan? rezeki masing2 (cehh ayat pasrah)
so! macamana nak buat yee?
okey begini caranya sebab yuyu pun tengah mempraktikkan..
tapi korang kena rajin la.. no malas2! cepuk kang baru tau..hihi
tipsnya adalah PING lah entry korang dekat group blogger di FB..kan ada group2 bloggers kan? so selain dari ping korang boleh lah nak blogwalking dan berkawan dengan blogger baru kat sana.. 
then amalkan lah sikap 
I FOLLOW YOU.. FOLLOW ME BACK OKEY?
bila dah follow orang yang korang follow tuh
tapi beliau tidak follow korang balik..
korang UNFOLLOW balik! amboiii kita dah follow blog depa
depa tak boleh ke nk follow balik? hahaha nampak tak ketidakikhlasan hati disitu??
hehe..gurau2 jelaa ikut korang la kan..hak masing2 yee :)
so yuyu akan bagi list group2 bloggers FB dekat bawah nie yee..
so korang rajin2 la join group tuh tuk promot blog korang ke, blogwalking ke pandai2 korang la yee :)


haaa tuh antara list2 group blogger kat mukabuku
kalau korang nak cari group lain2 kena rajin search je okey?
by the way selamat mempertingkatkan bilangan follower anda yerp..
dan jaga lupa! follow la yuyu.. 
nanti yuyu CONFIRM follow balik.. kalau boleh PUBLIC la blog
anda.. sebab ada sesetengah blog tuh tak boleh bukak
sebab privasi kot.. tapi dia send kat shoutbox suruh
follow dia tapi tak boleh nak bukak blog.. so macam mana tu
kesimpulannya setting balik yeee..hehe
bermelon melon follower nok..hahaha
p/s aku pun tak ramai follower..hahaha
HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU

Thursday, May 17, 2012

19 tahun



ASSALAMUALAIKUM
hoyeh hoyeh!
yuyu dah officially berumur 19 tahun pada tahun ini
tahun nie jugak tahun last yuyu berangka 1
tahun depan naik la angka 2 pulak kt depan..
aduhh cepatnye mase berlalu.. huwaa!
hehe..yuyu celebrate x birthday?
of course la sambut..
sambut dengan ibu n ayah
ibu belanja makan KFC 
then ibu n ayah
belikan yuyu spek mata baru..
yeahh.. boleh jadi budak skema balik!
HAHA..
okey2 disini yuyu nak ucapkan terima sangat2 kepada
kwn2 yuyu sama ade di facebook, tagged or skype yg wish birthday yuyu..
i'm so appreciate.. :')
because you're remember 2 wish my birthday
depend on you if u want 2 wish or not
but you WISH!  n i so touched!
muahhhhhh cikit!
hehe.. btw yuyu eksited dengan spek mate baru nie
rase mcm mule2 pakai spek dulu
mse darjah bape ek.. yuyu pun x ingat
tapi mse tuh yuyu pakai spek siap ade tali tuh..
haha.. eksyen cm budak nerd n mcm harry potter la konon!
hahaha..

tuuuu dia spek mata baru yuyu
xde jenama pun.. yuyu bukan orang yang pentingkan jenama tuh
semua.. bg yuyu sama jer..asalkn bole pakai :)
btw yuyu dapat student price so murah
la sikit kalau nak dibandingkan dengan harga lama..
well bingkai kaler hitam.. hitam itu elegant! HAHA
biase2 ajee.. tpi bg yuyu smart jugak laa
baru nampak cam student perubatan.. haha!
joking2.. hehe
tpi sebelum tuh org yg jual spek tuh offer yuyu yg lens dye kecik n bingkai kaler PURPLE?
ohh mentang2 la yuyu pakai pashmina purple, baju pink trus dye nk offer
spek bingkai purple yer.. HAHA! hello i'm not too colour ADDICTER!
haha.. so yuyu tolak mentah2 xde masak2.. HAHA
e eh kt bawah nie gambar yuyu pakai spek mata
lawak kan? ke comel? haha
perasan nye! haishh
e eh tu spek mainan..hahaha
nie baru betul~
hahaha.. sape2 yg tak pernah tgok yuyu pakai spek mata
nie lah rupanyer.. hehe
hurmmm korang k lah yuyu da
xde idea da nak mbebel.. haha
papaiiii

HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU~

Thursday, May 10, 2012

kenduri maggi kari


ASSALAMUALAIKUM
semalam yuyu dikejutkan dengan van poslaju
kat depan rumah..
dalam hatiku berbicara mungkin sekali barang tu da sampai..
alamak malunya nak keluar rumah..
yelah yuyu sorg2 je kat rumah
ibu dan ayah kerja.. otak ligat memikir biar jela abg poslaju tuh
letak surat tuntut barang kat dalam peti surat..
nanti yuyu ajak la ayah pergi ke pejabat pos..
tapi kawan yuyu iaitu syiera datang ke rumah sbb kami 
nk hantar borang kerja kt 7eleven.. 
so kantoi la disitu.. so terpaksa la yuyu keluar dengan buat muka
comel kat abg pos laju tuh..
abg poslaju wt muka tak puas hati tapi cute! haha
abang poslaju tuh cakap
dah setengah jam duk panggil2 yuyu..
KONON la.. nak tipu pun agak la..
HAHA! then abg poslaju tu ape lagi kan
dia menjalankan tugas la then dok usik2 yuyu..
alahai sabar jela..then yuyu pun sign la apa yang 
patut dan dapat la barang daripada klang, selangor itu...
huhhh.. barang ape tuh??
aaaaa.. nak tahu?? hehe
jap3.. nie barang nyer

uitttt.. apa tuh? jeng jeng jeng
ini diaaaaaaaa...

harhar! amik nak..
stok maggi kari tuk berapa bulan pun tak tahu..
banyak jugak la
sempat kot untuk 2,3 bulan..n sempat jugak la yuyu bawak balik shah alam kn?
share ngn kwn2 rezeki yang kita dapat..:)
biskut pun yuyu dapat jugak dah pun dirasmikan oleh yuyu dan ibu
sedap! maggi pun yuyu dah rasmikan malam semalam..
yuyu masak pizza maggi 2 bungkus.. heee :D
semua nie yuyu dapat free jer dari seorang kawan yuyu..
kami kenal kat tagged, skype n FB.. haha
dia bagi kat yuyu semua nie tanda persahabatan kami berdua..
terima kasih tau Encik Fauzan Salim..
buat Encik Fauzan Salim yang baik hati..hihi
saya nak ucapkan..
TERIMA KASIH
XIE XIE
SYUKRAN
SYUKRIYA
GRASIAS
THANK YOU
:D
saya amat menghargai nye ;)
nanti bagi lagi kalau sudi.. haha
gurau jea..:p
ermmm korang tu jela update dari yuyu..
nanti ade story mory lagi yuyu share ngn korang
yang sudi baca entry yuyu nie..
TERIMA KASIH sebab sudi baca blog yuyu
sayang korang
mmmmuuuahhhh!
k la papai!

HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU~

Wednesday, April 18, 2012

HAPPY BORNDAY SARA!



ASSALAMUALAIKUM
yuyu nk story tentang birthday salah sorang bff yuyu kat shah alam nie iaitu
SARA MARTOTO (Martoto tu bukan name sebenar)
hehe..


ikutkan birthday skandel yuyu si cik sara nie 14/4
tapi kami semua celebrate sehari awal iaitu pade 13/4
dan pada tarikh tuh jugak kami punya last paper untuk final exam utk semester ke2
kami sambut birthday sara kat cafe unisel
so alang2 tuh kita org celebrate la birthday sara..hihi
yg sponsor kek coklat tuh cik ain yg sponsor
kek secret recipe tau..ffuuhhhh
ermm tak sah la klau tak take a picture right?
kita org semua kan gilaaaaa bergambar..hehe
bukan apa.. di setiap kejadian tuh mesti kita nak ingat sampai mati
so dengan bergambar la dpt buat kenangan..
so tengok la kt bwh2 nie yoo?
beliau speechless
yayyy tiup!
potong time~
menangis pulak birthday girl nie..hehehe
abam abam hero~
family MLT


tu la antara gambar2 masa celebrate birthday cik sara martoto
ataupun yuyu selalu ejek dia nenek dari first2 kami kenal..
kalau dia takde dalam life kami semua mcm tak best je..
sbb cik sara nie seorang yg happening, gila2, baik hati, pandai, so dia mcm pelengkap dan lilin yang menerangi kami yg tak berapa jelas nie.. cewahhh kembang tak sara? nanti belanja sbb aku puji kau melambung nie..kekeke ikhlas meh ikhlas meh~
wahai cik sara yang kusayangi..
disini ku ingin mengucapkan
selamat meningkat tua!
HAHAHAHA!!
yeyehhh kau da tua.. 19 sudahhhh!
aku jer muda lagi.. baru 18 sebab x genap lagi..hihi
wekkkk!! da tua da tua..
gurau jer lalinkkk..hahaha
btw aku doakan kau semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yg solehah, jadi student yg mmg2 cemerlang la..hehe


HASTA LA VISTA~
CHAWCINCAU

Thursday, April 5, 2012

otak otak!


ASSALAMUALAIKUM..
ermmm best tak tengok gambar di atas?
sedap kan? masak kari pun best! kihkih
wekkkkkkkkkkkkkkk! mesti korang ngeri an tengok gambar otak di atas?
eww! otak masak kari makan ngn nasi? lalu??
haha muntah hijau dah kot..:p
btw yuyu bukan nak story pasal otak masak kari yer..
yuyu nak story pasal sejenis makanan yang sama spesies namanyer dgn otak..
cuma kene double jer.. so OTAK OTAK la ape lagi kan!
otak otak ape tuh?? huhh! korang tak tahu? biar betul.. jap2 nk wikipedia..HAHA


Otak-otak adalah makanan yang diperbuat daripada ikan dan rempah. Ia secara meluas dikenali di seluruh Asia Tenggara, di mana ia secara tradisinya dihidangkan segar, dibungkus didalam daun pisang dan dibakar.


nak tau rupanya macamana??



hahaha! itulah otak otak..
sedapppp tau!
yuyu da addict tau dengan otak otak nie..
selalu nyer otak2 nie femes dekat negeri2 pantai timur seperti kelate, ganu ngn kuantan..
btw kan.. kat shah alam pun belambak tau!
so yuyu selalu jugak la makan..
n selalu nyer x cukup 1 bakul..
mesti amik 2 bakul.. baru puas hati beb! hehe
adoiii berbunyi pulak perut nie.. ish3!
fullstop! haha..
so sape2 nak ajak yuyu hang out or date ker
cri kedai makan yang ade jual otak2 yer!
haha.. sempat! hihi
gurau jer sayang oi.. ermm okey la yuyu nak cau..
nak berdengkur suda..
tatatatata!


HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU~