Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


ASSALAMUALAIKUM
yeayyyyy esok sudah puasa! alhamdulillah.. bulan yang dnantikan oleh semua umat islam..sebelum tu dah habis puasa ganti ke belum?
kalau dah alhamdulillah.. by the way pagi nanti kita semua akan bersahur untuk
puasa yang pertama pada tahun nie.. yeyy tak sabarnya!
"alamak kalau tak bangun sahur boleh tak? bukan wajib pun.."
haa..sahur itu adalah sunnah.. sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan.
so sayang2 ku semua bangunlah bersahur yeee! jangan liat2! nanti kena simbah dengan air dari kutub utara
(faham2 jela suhu air pada waktu pagi macam mana) hehe
e eh korang ingat tak nie niat puasa, doa berbuka puasa dan selepas?

meh2 yuyu ingatkan eh.. tengok kat bawah nie tau



Niat puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa

Doa Niat untuk sebulan sekali doa
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala 
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.

Lafaz Niat Puasa (harian)

Niat doa puasa untuk sehari sekali
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala. 
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.


Doa Berbuka Puasa

Doa semasa buka puasa
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin 
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

Doa selepas selesai berbuka puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


haaaa hafal2! jangan lupa pulak awak oii! esok dah nak puasa dah..
jangan lupa esok puasa sudah la tut2 masuk kfc order snack plate kan..
memang nak kena penampor.. muda2 dah nyanyok tula suka sangat makan kepala ikan
tak pun makan semut tanpa disedari.. ish2 rabun tahap kritikal dah tuh! haha
okey2 di kesempatan ini yuyu nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...
hahaha.. awal bebenor ucap puasa tak lagi kan.. joking2!
yuyu nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan 
dan selamat mnjalankan ibadah bulan puasa kepada semua..
jangan nak ponteng puasa ye.. yang duk hostel jangan simpan maggi bawah katil!
penuhkan puasa pada tahun nie ye wahai kaum adam..
kaum hawa special sikit sebab seminggu allah bagi MC.. untung tak?
hahaha tapi kenalah ganti ye! jangan tak ganti pulak..:)
yang penting utamakan ibadah puasa jangan sakan nak beraya! peace

HASTA LA VISTA
CHAWCINCAU~

4 comments:

✿INA AINAA✿ said...

selamat berpuasa.. terima kasih for sharing that niat and doa...^.^ salam ramadhan almubarak

Budak_NakaL said...

Salam Ramadhan jgk ! :)

yuyu alizaman said...

terima kasih..
salam ramadhan al mubarak jugak :)))

yuyu alizaman said...

terima kasih :)
jgn ponteng puasa tau :p